Saturday, 13 October 2012

Selawat


بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صل على محمد وآل محمد

.
‘Selawat’ (صلوات) adalah jamak dari kalimat solat bererti doa atau seruan kepada Allah SWT. Di segi bahasa pula, selawat bermaksud mendoakan atau memohon berkat kepada Allah SWT dan melimpahkan Rahmat-Nya untuk Nabi dengan ucapan, kenyataan dan pengharapan, semoga beliau (Nabi) sentiasa sejahtera (beruntung, tak kurang suatu apapun, keadaannya tetap baik dan sihat).
.
Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW juga bermaksud memperbesarkan, mengagungkan, menambahkan kehormatan dan kepujian serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur sebagai penyampai utusan-Nya yang menjadi rahmat seluruh alam, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.
Nabi Muhammad SAW bersabda;  “Doa seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.”
.
.

Mengucap Salam Kepada Nabi

Salam pula bererti damai, sejahtera, aman sentosa dan selamat. Jadi ketika seseorang muslim membaca selawat untuk Nabi, bermaksud ia mendoakan Baginda SAW semoga tetap damai, sejahtera, aman sentosa dan selalu mendapatkan keselamatan.
a. Allah SWT memberi salam kepada setiap orang yang memberi salam kepada Nabi SAW.
Rasulullah SAW telah bersabda: “Saya berjumpa Jibril, maka dia berkata: ‘Sesungguhnya saya memberi khabar gembira kepadamu bahwa sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman: ‘Sesiapa memberi salam kepadamu, maka Aku memberi salam kepadanya dan sesiapa membaca selawat untukmu, maka Aku membaca selawat untuknya ‘.”
b. Mengucap salam kepada Nabi SAW, lebih utama daripada memerdekakan budak.
Abu Bakar As-Siddiq r.a. berkata: “Membaca selawat untuk Nabi itu boleh menghapuskan dosa-dosa, seperti air sejuk memadamkan api, dan salam kepada Nabi itu lebih utama daripada memerdekakan budak”. Nabi SAW., Bersabda: “Sesiapa membaca selawat untuk ku satu kali, maka dia menjadi tidak berdosa walaupun sebesar atom dan biji sawi.”
c. Sesiapa yang membaca salam untuk Nabi 100 kali setiap hari, akan dikabulkan oleh Allah 100 hajat. 30 diberikan di dunia dan 70 diberikan di akhirat.
Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala mempunyai tujuh puluh malaikat yang selalu berjalan di muka bumi serta menyampaikan kepadaku salam dari umatku. Maka, apabila ada seseorang dari umatku membaca selawat untukku seratus kali dalam sehari, maka Allah Ta’ala akan akan mengabulkan seratus macam hajatnya, tujuh puluh diberikan diakhirat dan tiga puluh di dunia.”
.
.

Keutamaan dan Kebesaran Selawat

Setiap umat Islam berkewajipan mengasihi atau mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW. Bukti seseorang itu berbuat demikian ialah dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah SAW.
Selawat kepada Nabi Muhammad SAW merupakan ibadah yang mulia dan terpuji. la mengandungi berbagai-bagai kelebihan dan keistimewaan bagi mendapatkan pertolongan dan perlindungan dari Nabi Muhammad SAW serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak.
“Sesiapa yang berselawat kepadaku (Muhammad SAW) satu kali saja, maka aku akan berselawat kepadanya sepuluh kali”
.
.

Hukum berselawat

Hukum berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah wajib ketika:
1.  Mengerjakan solat.
2.  Membaca Tasyahud (tahiyyat).
3.  Membaca Tasyahud kedua / tahiyyat akhir.
4.  Setiap kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW.
 .
.

Arahan Membaca Selawat

Dalam semua perintah mengerjakan ibadat, Allah SWT menyuruh hamba-Nya beribadat. Allah sendiri memulakan selawat ke atas Nabi, diikuti malaikat kemudian dianjurkan kepada Muslimin mengamalkannya. Ini bermakna membaca selawat itu lebih utama.
.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi(1). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya(2).”  (Surah Al-Ahzab: 56).
Nota; (1) Berselawat ertinya: kalau dari Allah bererti memberi rahmat: dari malaikat bererti meminta keampunan dan kalau dari orang-orang yang beriman bererti berdoa supaya diberi rahmat seperti dengan perkataan: Allahuma shalli ala Muhammad. (2) dengan mengucapkan perkataan seperti: Assalamu’alaika ayyuhan nabi ertinya: semoga keselamatan tercurah kepadamu hai Nabi.
.
.

Membaca Selawat

Lafaznya selawat ke atas Nabi SAW, cukup mudah, tidak mengambil masa yang panjang. Sebagai tanda kasihnya Allah kepada umatnya supaya mampu mengerjakan amal mulia dan memperoleh ganjaran daripadanya.
1. Membaca Selawat harus disertai dengan niat dan dengan sikap hormat kepada Nabi. Orang yang membaca selawat untuk Nabi hendaklah disertai dengan niat dan rasa cinta kepada Nabi dengan tujuan untuk memuliakan dan menghormati Baginda.
Dalam penjelasan hadis (akhbar al-hadis) disebutkan bahawa apabila seseorang membaca selawat tidak disertai dengan niat dan perasaan hormat kepada Nabi, maka timbangannya tidak lebih, hanya berat sekadar sehelai bulu sayap.
Rasulullah SAW bersabda“Sesungguhnya sahnya amal itu tergantung niatnya”.
.
Ada tiga perkara yang timbangannya tidak lebih berat dari pada selembar bulu sayap, iaitu:
  1. Solat yang tidak disertai dengan tunduk dan khusyuk.
  2. Zikir dengan tidak sedar. Allah SWT tidak akan menerima amal orang yang hatinya tidak sedar.
  3. Membaca Selawat untuk Nabi Muhammad SAW tidak disertai dengan niat dan rasa hormat.
Rasulullah SAW bersabda: “Dan kalau kamu membaca selawat, maka bacalah dengan penuh penghormatan untuk ku.”
.
2. Membaca selawat bertujuan untuk mencintai dan memuliakan Rasulullah SAW. Siti Aisyah ra. berkata: “Sesiapa cinta kepada Allah Taala, maka dia banyak menyebutnya dan hasilnya ialah Allah akan mengingati dia, juga memberi rahmat dan keampunan kepadanya, serta memasukkannya ke syurga bersama para Nabi dan para wali. Dan Allah memberi kehormatan juga kepadanya dengan melihat keindahan-Nya. Dan sesiapa cinta kepada Rasulullah SAW maka hendaklah ia banyak membaca selawat untuk Nabi SAW, dan hasilnya ialah ia akan mendapat syafaat dan akan bersama Rasulullah SAW di syurga.”
.
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda“Sesiapa membaca selawat untukku kerana memuliakan, maka Allah Ta’ala menciptakan dari kalimat (selawat) itu satu malaikat yang mempunyai dua sayap, yang satu di timur dan satu lagi di barat. Sedangkan kedua-dua kakinya di bawah bumi sedangkan lehernya memanjang sampai ke Arasy. Allah Ta’ala berfirman kepadanya: “Bacalah selawat untuk hamba-Ku, sebagaimana dia telah membaca selawat untuk Nabi-Ku. Maka Malaikat pun membaca selawat untuknya sampai hari kiamat.”
.
.

Cara Membaca Selawat

Disunatkan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW:
  1. Menggunakan kata-kata beradab dan sopan,
  2. Menzahirkan sifat kemuliaan Nabi Muhammad SAW, keagungan darjat, kehormatan dan kebaikkan budi serta jasa Rasulullah SAW.
  3. Paling afdal, berselawat seperti ketika tahiyyat dalam solat.

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد

Ya Allah! Berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau telah member shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanya Dikau sahajalah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia!
.
.
Allaahumma shalli ‘alaa Muhammadin wa’alaa aali Muhammadin, kamaa shallaita ‘alaa Ibraahim wa’alaa aali Ibrahim, wa baarik ‘alaa Muhammadin wa’alaa aali Muhammadin,, kama baarakta ‘alaa Ibrahiima wa’alaa aali Ibraahima, fil ‘aalamiina innaka hamiidun majiid.
.
.

Jenis-Jenis Selawat

Terdapat berbagai jenis selawat susunan para ulama dan antara lafaz selawat yang baik diamalkan adalah:
1)     Selawat Ibrahimiyah.
2)     Selawat Tafrijiyah.
3)     Selawat Munjiyah
4)     Selawat Ummi
5)     Selawat Fatih
6)     Selawat Syifa’.
7)     Selawat Syafaat.
8)     Selawat Badriyah
9)     Selawat kebajikan.
10) Selawat menolak kecelakaan.
11) Selawat untuk Nabi SAW dan keluarganya.
.
.

Bencana Tidak Berselawat

Mereka yang tidak berselawat adalah orang yang paling kedekut dan akan;
  1. Dijauhkan dari rahmat Allah.
  2. Mendapat kehinaan yang memalukan.
  3. Setiasa mengalami kerugian dan penyesalan.
  4. Termasuk kalangan yang mendapat kesusahan.
  5. Mengalami kebingungan di hari kiamat.
  6. Mengalami kesukaran di Padang Mahsyar.
  7. Menjadi ahli neraka.
Nabi Muhammad SAW. Bersabda;  “Doa seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.”
.
.

Waktu Afdal Berselawat

Masa paling afdal dituntut berselawat
  1. Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
  2. Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
  3. Sesudah tasyahud wuduk, sebelum membaca doa.
  4. Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
  5. Di akhir qunut dalam solat.
  6. Di dalam solat jenazah.
  7. Di antara takbir solat hari raya.
  8. Ketika masuk dan keluar dari masjid.
  9. Setiap waktu pagi dan petang.
  10. Hari Khamis malam Jumaat,
  11. Sepanjang hari Jumaat,
  12. Ketika telinga berdesing.
  13. Ketika terlupa sesuatu perkara.
  14. Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan.
  15. Ketika memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting.
  16. Masa menghadiri  tempat perhimpunan yang baik.
  17. Waktu meninggalkan sesuatu majlis.
  18. Ketika berziarah di makam Rasulullah SAW.
.
.

Fadilat Berselawat

  1. Allah limpahkan rahmat berkali ganda.
  2. Allah menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
  3. Menghilangkan kesusahan dan meluaskan rezeki.
  4. Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
  5. Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
  6. Terselamat daripada keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat.
  7. Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langt.
  8. Memperolehi doa malaikat selama sedang berselawat.
  9. Beroleh syafaat yang khusus daripada Rasulullah SAW pada hari akhirat.
  10. Dapat sentiasa berada bersama Rasulullah SAW pada hari akhirat kelak.
  11. Jaminan terpelihara dan terselamat dari segala perkara yang mendukacitakan dan membimbangkan di dunia dan akhirat.
  12. Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
  13. Meneguhkan tapak kaki ketika melalui Titian Siratul Mustaqim.
.
.

Keberkatan Dan Kelebihan Berselawat

1.   Para Malaikat berjanji,  sesiapa yang membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW setiap hari sebanyak 10 kali:
  1. Jibril akan membimbing tangan bawa melintasi titian seperti kilat menyambar.
  2. Mikail akan memberi minum dari telaga Rasulullah SAW.
  3. Israfil akan sujud kepada Allah dan tidak akan mengangkat kepalanya sehingga Allah mengampuni orang itu.
  4. Malaikat Izrail akan mencabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti mencabut roh nabi-nabi bila mati kelak.
.
.
2.   Dalam beberapa hadis, sabda Rasulullah SAW:
a.  Sesiapa membaca selawat untukku sekali saja dengan tulus ikhlas dari hatinya, maka Allah akan memberi 10 rahmat kepadanya serta diangkat ke 10 tingkat dan diampunkan 10 dosa.
b.  Sesiapa berselawat 11 kali setiap lepas solat fardu, segala dosa kecilnya diampuni Allah serta tenteram hati dan jiwanya.
c.  Sesiapa membaca selawat kepadaku 100 kali sehari, maka Allah akan menyampaikan100 hajatnya iaitu 70 hajat akhirat dan 30  lagi hajat dunia.
d.  Sesiapa berselawat ke atasku pada Jumaat sebanyak 80 kali, diampunkan baginyadosa selama 80 tahun.

Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkanlah amalan berselawat ke atasku kerana selawat kamu itu disampaikan terus kepada ku.”
.
.
3. Antara hadis-hadis lain yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah SAW ialah:
  1. “Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. “ (Riwayat Tabrani).
.
  1. “Sesiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.”  (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim)
 .
  1. “Sesiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali.  Dan sesiapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka.  Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid.” [Riwayat At-tabrani].
 .
  1. ” Sesiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku, maka aku mendengarnya, sesiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).
 .
  1. “Sesungguhnya orang yang dekat kepadaku daripada kalangan kamu pada hari kiamat pada setiap tempat aku berada ialah orang yang lebih banyak berselawat kepadaku di dunia.”
.
.

Hikmah Berselawat ke atas Rasulullah SAW

  1. Berasa lebih mencintai Rasulullah SAW.
  2. Menjadi zakat dan pembersih diri.
  3. Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah SWT.
  4. Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah.
  5. Para malaikat memberi jaminan keistimewaan masing-masing.
  6. Ganjaran yang diberikan bukan saja di dunia, malah di akhirat.
  7. Menyedari betapa besarnya pahala orang yang berdoa dan berselawat ke atas Nabi.
  8. Sebagai mengenang semula budi dan jasa baik Nabi Muhammad SAW yang sentiasa berusaha mengajak manusia ke arah kebaikan, walaupun Baginda SAW sudah wafat.
.
Rasulullah SAW bersabda: “Hidupku adalah kebaikan kepada kamu dan wafaku adalah kebaikan juga kepada kamu, kerana segala amal kamu sentiasa dibentangkan kepadaku, maka apa saja amal yang aku dapati baik, aku ucapkan ‘Alhamdulillah’, dan apa saja amal kamu yang jahat, aku memohon keampunan Allah untuk kamu.”    (Riwayat Ibni Mas’ud)
.
.
Bayangkanlah betapa beruntungnya orang yang mendapat ucapan salawat dan begitu banyak manfaat daripada Allah Subhanahu Wataala disebabkan amalan bersalawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

ips DUIT Bagi Mendapat Kejayaan Dalam Peperiksaan


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.
Dalam menghadapi musim peperiksaan awam sebenar terutamanya para pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM, STPM, STAM, MUET, MATRIKULASI, IPT dan peperiksaan jabatan serta pekerjaan yang bakal ditempuhi, persediaan jitu, menyeluruh dan sempurna perlu dilakukan oleh setiap bakal calon.
‘DUIT’ iaitu Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal perlu digembelingkan bagi memastikan kejayaan cemerlang yang diingini. Beribadah dan Doa adalah suatu yang sangat penting bagi membantu setiap pelajar menelaah pelajaran dengan tenang dan yakin.
Allah SWT tidak akan menghampakan hamba-Nya yang memohon dengan sepenuh hati. Sebagaimana firman-Nya;

رَ‌بُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ 

“Berdoalah kepada-ku, nescaya akan Daku perkenankan permohonanmu itu.”  (Mu’min: 60).
.
Firman Allah SWT lagi:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِ‌يبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْ‌شُدُونَ ﴿١٨٦

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”   (Surah al-Baqarah, ayat 186).
.
.
.

A)  Doa Bagi Mudah Mengingat Pelajaran

.
“Ya Allah! Kasihanilah daku dengan (mengurniakan kepadaku keampunan) meninggalkan maksiat selagi daku hidup, Kasihanilah daku dari memberatkan diriku dengan perkara-perkara yang tidak penting bagiku; Dan kurniakanlah kepadaku anugerah melihat perkara yang Dikau suka. Ya Allah, Yang Maha Pencipta langit dan bumi, Yang Memiliki Keagungan, Kemuliaan dan Kekuasaan yang tidak pernah luput! Daku memohon kepada-Mu Ya Allah, Yang Maha Pemurah dengan Kekuasaan-Mu dan Cahaya-Mu agar menjadikan daku mampu menghafaz kitab-Mu sebagaimana yang Dikau ajarkan dan kurniakanlah kepadaku (kesempatan) untuk membacanya sebagaimana yang Dikau kehendaki. Ya Allah, Yang Mencipta langit dan bumi, Yang Memiliki Keagungan, Kemuliaan dan Kekuasaan yang tidak pernah luput! Daku memohon kepada-Mu Ya Allah, Yang Maha Pemurah dengan Kekuasaan-Mu agar menjadikan penglihatanku terang dengan kitab-Mu, agar dilepaskan hatiku (dari permasalahannya) dengan kitab-Mu itu, dilapangkan dadaku dengannya dan dibersihkan tubuhku dengannya. Sesungguhnya tiada yang dapat memberikan pertolongannya melainkan Dikau dan mendatangkannya selain-Mu. Tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung!”
.
.
.

B)  Cara Mengamalkannya

.
1.  Dirikan Solat Sunat Hajat sebanyak 4 rakaat pada Malam Jumaat, iaitu pada sepertiga malam terakhir.
.
2.  Selepas membaca Surah Al-Fatihah, bacalah:-
Rakaat Pertama : ~ Surah Yaasin
Rakaat Kedua    : ~ Surah Al-Dukhan
Rakaat Ketiga    : ~ Surah Al-Sajadah.
Rakaat Keempat : ~ Surah Al-Mulk.
.
.
3. Selepas selesai memberi salam, bacalah ‘Tasbih Majmuk’ 100 kali.
.
.
4. Berselawat ke atas Nabi Muhammad ShallAllahu ‘alaihi wasallam10 kali.
.
.
5.  Beristighfardan mohonlah keampunan buat semua orang beriman dan yang telah mendahului dalam keimanan kepada Allah SWT.
.
.
6.  Akhir sekali bacalah doa (A) di atas dengan disertai selawat ke atas Nabi pada permulaan dan penutup doa tersebut.
.
.
Menurut satu riwayat daripada Ibnu Abbas, beliau berkata, ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam, tiba-tiba datanglah Ali Bin Abi Talib r.a., lalu beliau berkata: “Wahai Rasulullah, al-Quran ini selalu hilang daripada ingatanku. Aku dapati diriku menghadapi masalah untuk mengingatinya dalam dadaku. Maka Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam menganjurkan kepadanya petua bagi menguatkan ingatan iaitu bangun malam Jumaat pada sepertiga malam yang terakhir. Perkara ini telah dilakukan oleh Nabi Yusuf a.s. Jika tidak mampu, maka bangkitlah pada pertengahanya dan jika tidak mampu, maka bangkitlah pada sebelah awalnya. Solatlah empat rakaat, bacalah Surah Yaasin pada rakaat pertama, al-Dukhan pada rakaat kedua, al-Sajadah pada rakaat ketiga dan Tabarak pada rakaat keempat. Semuanya dibaca selepas al-Fatihah. Apabila selesai membaca tasyahud (takhiyat akhir) maka, pujilah Allah SWT dan berselawatlah ke atas Nabi Muhammad ShallAllahu ‘alaihi wasallam dan mohonlah keampunan buat semua orang beriman dan orang yang telah mendahului dalam keimanan kepada Allah SWT. Akhirnya bacalah doa di atas.”  (Hadis Riwayat Tarmizi)
.
.
.

C)  Doa Sebelum Memulakan Mentelaah Pelajaran

 .
Sebelum memulakan pelajaran, bolehlah dimulakan dengan potongan ayat Al-Quran berikut. Insyallah, segala yang dipelajari akan mudah diingat dan mendapat keberkatan Allah SWT.
.
.
Penutup
Doa yang dipohon adalah sebagai tanda kebergantungan kita terhadap Allah SWT dan menginsafi serta menyedari diri manusia sangat lemah dan tidak mampu untuk menunaikan segala keperluan hidup. Dengan tips dan doa-doa di atas, diharapkan semoga Allah SWT akan meredhai dan memberkati semua calon seterusnya menganugerahkan kejayaan setimpal dengan usaha yang telah dicurahkan.
.
لله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Doa Ibu Bapa Untuk Anak Sedang Ambil Peperiksaan


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.
Ketika anak-anak sedang menghadapi ujian besar amali atau menjawab kertas soalan di dewan peperiksaan, pada masa yang sama ibubapa dan penjaga boleh melakukan amalan berikut: 
.

1.  Ambil wuduk

2.  Menghadap kiblat

3.  Membaca Kalimah Syahadah (3 kali)

“Daku mengakui bahawa tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah
dan daku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah!”
 .

4.  Membaca Surah Al-Fatihah (10 kali)

.

5.  Baca Surah 3 Qul (1 kali)

.

6.  Baca Surah Insyirah (1 kali)

.

7.  Membaca Selawat (10 kali)

.

8.  Baca Surah Yaasin (1 kali)

.

9.  Baca Surah Insyirah (100 kali)

.
10.  Niatkan di dalam hati supaya Allah SWT mempermudahkan anak-anakmenjawab soalan dengan tenang, betul, tepat dan sempurna.
 .
Amalan ini boleh dilakukan sama ada di rumah atau di tempat kerja atau di mana sahaja ketika anak-anak sedang berada di dewan peperiksaan. InsyaAllah, segalanya dipermudahkan dan anak-anak akan dapat menjawab dengan tenang dan menepati kehendak soalan dengan mudah dan baik.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Doa-Doa Sewaktu Mengambil Peperiksaan


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.
Dalam menghadapi musim peperiksaan ini, berikut disediakan doa-doa khusus di dewan peperiksaan bagi para pelajar terutamanya yang akan menduduki peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM, STPM, STAM, MUET, MATRIKULASI, IPT dan peperiksaan jabatan serta pekerjaan.
.

Doa Sewaktu Berada Kelas / Dewan Peperiksaan

.
Disarankan supaya doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:
.
.
1)  Doa Sebelum Masuk Kelas / Dewan Peperiksaan
.
.
2)  Doa Ketika Memasuki Dewan Peperiksaan
.
.
3)  Ketika Menerima Kertas Soalan
Atau:
4)  Ketika Menerima Kertas Soalan II
.
.
5)  Doa Sebelum Menjawab Soalan Peperiksaan
Sebelum mula menjawab soalan peperiksaan dan sebagainya, bolehlah dimulakan dengan membaca potongan doa dari ayat Al-Quran berikut. Insyallah, segala yang dilakukan akan mudah diingat dan mendapat keberkatan Allah SWT.
.
.
6)  Doa Apabila Terlupa Ketika Menjawab Soalan
Atau:
7)  Doa Jika Terlupa Jawapan
.
.
8)  Doa Ketika Buntu Menjawab Soalan
Atau:
9)  Doa Ketika Sukar Menjawab Soalan
.
.
10)  Setelah selesai menjawab bacalah doa mohon agar beroleh kejayaan;
 .
.
Kepada semua calon yang berjuang di dalam kelas dan dewan peperiksaan… Semoga Allah SWT memberikan ketenangan, dipermudahkan segala urusan dan proses mengingat, dapat menjawab dengan baik dan menepati kehendak soalan seterusnya diberikan kejayaan cemerlang di dunia dan akhirat. InsyaAllah…
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)